
Jika takut dilambung ombak, jangan berlayar tengah lautan. Siapa makan cili dia terasa pedaskan.. Kata orang terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata hati manusia yang terluka. Tak sangka pula, kerana terasa tertekan dikritik; pemilik laman blog House PK atau Rumah PK mengeluarkan perkataan berbaur ugutan terhadap penyokong KJ.
Kata PK “hentikanlah fitnah kamu, kelak ianya akan memakan diri”ayat ni aku petik dari laman blog Rumah PK.

Fuh!!! KELAK MEMAKAN DIRI!!! Apa maksud PK ni? PK nak ugut penyokong KJ? inilah namanya samseng kampung jalanan!
Kalau kita melihat perangai PK ni, ala ala Sarip Dol samseng Kampung Dusun... Sedangkan dialah yang memulakan segala-galanya, dialah yang bermula bermain dengan api dan apabila api itu tak dapat dipadam kerana provokasinya, dia nak persalahkan penyokong dan blogger pro KJ pula.
Manusia macam PK ini memang angkuh, memang ingat dia selalu betul dan dia tahu segala-galanya. Tapi dia tak sedar, dialah Raja fitnah yang sebenarnya!
Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkannya terhadap Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menerusi laman blog House PK, http://www.parpukari.blogspot.com/. Ianya merupakan satu tuduhan liar, gila serta berniat jahat.
PK di cabar dalam tempoh 24 jam untuk mengemukakan bukti yang mendakwa YB Khairy Jamaluddin mempunyai rangkaian dengan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim seperti apa yang diwar warkan menerusi laman blog House PK.
Read More...Mesti Baca
No comments:
Post a Comment