Monday, March 1, 2010

Kononya Alif Ba Ta



Kenapa segelintir bloggers begitu benci dengan kepimpinan YB KJ?



Jawapanya senang je. Mereka begitu gentar dengan agenda pembahruaan. Sekarang negara berada di abad ke 21. Modal berpolitik cara kuno dimana dimana kerajaan boleh mengawal aliran berita sudah tidak diboleh  dgunaipakai. Rakyat semakin pintar untuk mencari pendapat yang bertentangan dengan "official line" yang diberi oleh kerajaan. Dan mereka membuat pernilaiaan siapa yang betul dan siapa yang salah.

Dalam situasi sebegini, Tn Hj. mengambil langkah tepat dengan sentiasa berada di tengah tengah ataupun "middle ground." Middle groun ni berdasarkan realiti, pendapat yang berhaluan kiri (left wing) ataupun right kanan (right wing) berdasarkan retorik.  Beza retorik dengan realiti adalah retorik semata mata retorik sedangkan kita berdepan dengan realiti,

Contohnya, ada beberapa kerat bloggers yang setiap hari mendabik dada mendakwa dirinya berjuang untuk "Agama, Bangsa dan Negara." Kadang kadang mereka begitu ghairah dengan launagan tersebut sehingga lupa asal usul diri masing masing, Akan tetapi, kalau kita mendakwa diri kita berjuang untuk "bangsa" dan pada masa yang sama sering kali menghina kaum Cina misalnya, nasib siapakah yang bakal dibela?

Ini kerana kita sedar sektor swasta dikuasai oleh orang Cina. Pelaburaan dalam negeri dikuasai orang Cina jugak. Pada saat Petronas, Maybank, Sime Darby dan GLC lain mengembangkan sayapnya ke luar negara, maka siapa yang melabur untuk membangunkan sektor dalam negari?

Maka tidak hairanlah di tahun 2009, negara mengalami pengeluaraan modal sebanyak RM 80 billion sedangkan negara Thailand, mengalami pelaburaan dalam negara sebanyak RM 10 billion. Ini semua adalah fakta yang patut diberi penekanan.

Peluang pekerjaan baru hanyalah di sektor Swasta

Maka kalau hanyalah segelintir para usahawan swasta yang masih mengembangi bizness masing masing dan sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan yang baru, adakah ianya pendekataan yang tepat untuk memanggil mereka dengan ungkapan KKK? Kerana merekalah  yang akan menilai samada hendak menggaji adik kita yang baru mendapat ijazah. Kalau nak mengharap peluang pekerjaan dari kerajaan, tak payahlah. Perbelanjaan untuk menyeleraskan gaji kakitangan awam dah melebihi RM 40 billion setahun sedangkan kerajaan berdepan dengan defisit yang amat teruk. Lebih lebih lagi kerajaan sekarang cuba sedaya upaya untuk meringankan perbelanjaan operasi. Maka secara logik, peluang baru di sektor kerajaan amatlah kurang sekali berdasarkan permintaan. Maka tak hairanlah untuk satu kekosangan kita mendapat beribu-ribu permohonan.

Tetapi keadaan sebegini tidak wujud di sektor swasta. Namun, kalau kita sering mengangkat bloggers kuno sebegini sebagai jurucakap rasmi orang Melayu, kita tak payahlah nak mengharap mereka untuk menolong kita. Kerana manusia ada maruah masing - masing, kalau kita nak langgar maruah mereka, mereka akan bertindak balas dengan cara mereka tersendiri.

Ini jelas berbeza dengan semangat keserdahanaan yang terbuku dalam naluri KJ.Dia amat memahami konsep diatas, dan saya berani berhujah, kalau adik anda ingin mendapat kerja di syarikat swasta, tulis terang terang, Saya Sayang Khairy (SSK). Para usahawan sudah paham, hanya YB Khairylah yang disegani sebagai pemimpin yang cukup bertauliah, kerana dia mengutarakan pendapat yang bertanggung jawab dan bukan jenis yang mengambil kesempataan dengan mengungkit semangat perkaumaan. Nyata peluang adik anda akan lebih cerah!

Kalau adik anda menyebut "Saya Sokong Dr Mahathir",  pohon jawatan kat Opcom sajalah. Opcom pun menggaji ramai orang Cina  dipengurusan tinggi, so indah kata dari rupah ia.

Nak mintak jawatan dengan San Minguel kena ada permit bekerja di Filipina. Kena mengundang risiko bekerja untuk division yang mengeluarkan arak. Jem dengan jem...

Fat Cat Bloggers



Tetapi ada yang sudah berjaya mendirikan kerjaya lumayan dengan mencacai dan menghina orang lain. Kalau dahulu nak beli tosai pun kena mintak sponsor dari orang lain, sekarang mereka dah pandai pakai blacberry.



Saya Yang DiMaksudkan Diatas (Warna Biru)

Jangan kerana kita sudah bergaji dan mendapat pelbagai habuan menjadi pencacai yang tidak beretika, kita dengan sewenang wenangnya menabur pasir di peruk nasi orang lain dengan memainkan semangat perkaumaan nie.

Perbuataan tersebut adalah perbuataan khianat, namun masih begitu megah dan mendabik dada ala baboon kerana berbuat sebegitu

2 comments:

Jebat said...

Kononnya Alif Ba Ta.. tp pakai blackberry.. klu dulu nak beli blueberry rm300 pun tak mampu... Alif Ba Ta.. ta ba booo, tibai sana sini hua hua hua..

Wenger J. Khairy said...

Bagi parpu Alif Ba Ta = Aku Bukan Tambi