@wengerkhairy @daxmuhamad MV Augusta kau cuba mainkan last2 kau delete blog sebab sudah malu tak tau jwb!
Ok Parpu beause you love my story so much..here it is. Aku malas nak kena kutip cerita aku kerana nak layan kao. Orait panggil otai awak suruh nak balun cerita ni
Ceramah Wenger Khairy disempurnakan di Kampong Padang Minin, Kuala Trengganu.
Salam 1Malaysia,
Tuan - tuan dan Puan Puan yang dihormati,
Dalam posting terbaru oleh YABTun Dr. Mahathir, beliau mengungkit cerita MV Augusta sebagai langkah menghentam kepimipinan mantan Perdana Menteri yang dikasihi dan disegani oleh kesemua pihak iaitu Tun Lah. Tun Dr. Mahathir cuba memberi gambaran, "kununya", penjualaan MV Augsuta ni tidak logik dan berbaur hambar.
Sebenarnya, saya sudah tidak berminat lagi memberi komen terhadap Tun Dr. Mahathir. Kita tanya dia tak boleh, dia tanya kita boleh.
Akan tetapi, kerana semangat saya untuk mempertahankan konsep 1Malaysia, dimana cerita dongeng tidak digalakkan sama sekali dan juga oleh kerana saya, Wenger J. Khairy, telah dicabar oleh salahseorang pencacai Tun untuk memberi komen, saya terpaksalah, dengan hati yang amat berat merungkai misteri berkenaan penjualaan MV Augusta dan kenapa kepimpinan Pak Lah, sekali lagi terserlah ketika cuba memperbaiki segala kesilapaan yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Ke 4.
Terlebih dahulu saya ingin menekankan dengan sekerasnya kerasnya, saya menjawab tomahan ni bukan diatas kapasiti sebagai penyokong KJFC tetapi diatas kapatasi sebagai seorang pengarang blog yang sentiasa berjuang demi kebenaraan dan membenci segala bentuk cerita palsu yang memperbodohkan orang Melayu.
Maka dengan itu, mari kita merungkai secara mendalam cerita berkenaan MV Augsuta.
Seperti yang kita sedia maklum, syarikat MV Augsuta ni adalah syarikat pengeluar motosikal berkos tinggi dari negara Itali. Dalam era pentadbiraan Tun Dr. Mahathir, dimana dia sentiasa betul dan orang lain sentiasa salah, syarikat Proton mengambil langkah cukup "pandai" untuk membeli saham MV Augsuta dengan nilai sebanyak RM 560 juta ringgit.
Setelah Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahaan negara, dan negara mendapat pelbagai nikmat dari segi pelaburaan dari luar negara (FDI), keputusan telah diambil untuk menjual MV Augsuta pad harga RM 4. Ramai yang menggaru kepala memikirkan kenapa MV Augusta nie terpaksa dilepaskan pada harga yang tersangat rendah. Lebih lebih lagi, si pembeli tu telah berjaya menjual kembali MV Augsuta kepada syarikat BMW dan syarikat Harley Davidson sebanyak RM 680 juta ringgit, lalu mengaut keuntungaan yg cukup lumayan.
Pendekataan ni telah memberi pelbagai persepsi buruk terhadap kepimpinan Pak Lah. Cerita mula berkitar bahawa berlaku penyelewangaan dan kroni kroni tertentu telah mendapat habuan yang besar.
Dewasa ni Tun cuba memainkan cerita lapuk ni. Dia memetik perenggan dari majalah "Robb Repot" iaitu majalah untuk mereka yang cukup kaya, yang memberi gambaraan seolah olah komponen MV Augusta yang dibeli oleh Harley Davidson begitu menonjol sekali, seolah olah negara kita kehilangaan sebuah aset yang cukup berharga.
Kita tertanya, adakah Tun masih tidak matang? Dulu dia menyelar orang kulit puteh sebagai golongan yang sentiasa memberi cerita yang palsu, tetapi sekarang dia menelan dengan bulat bulat cerita yang terpapar dalam majalah tersebut . Apakah kerana majalah tersebut hanya dikhususkan kepada mereka yang ribuan jutawan, maka segala intipati yang diberi adalah tepat?
Mengapa nasihat orang kulit perang, orang kulit kuning, orang kulit hitam, yang mungkin tidak "setaraf" dengan golongan bangsawan dipandang serong, sedangkan merekalah yang lebih arif tentang pelbagai pekara dan bukan jenis yang berpura - pura.
Sebagai salah seorang penganalisis ekonomi dan kewangaan yang paling mashyur dalam alam maya, saya tahu, jangan sekali kali menzahirkan pendiriaan berdasarkan artikel sampah yang tercatit dalam Rob Ripot. Oleh kerana MV Augusta telah dibeli oleh syarikat Harley Davidson, iaitu syarikat yang didagangkan di bursa saham Amerika Syarikat, saya tahu, mereka dipaksa, mahu tak mahu untuk memberi gambaraan yang cukup jelas didalam financial statement dan segala investor presentation.
Pendekataan yang berdasarkan konsep "keterbukaan" ni jelas tidak disegani oleh pihak tertentu. Mereka lebih suka rakyat dijual cerita bodoh dan pelbagai bentuk tindakan seperti memaksa syarikat yang dipengerusikan membeli saham pada kadar yang lebih tinggi dari pasaran, melakukan "bailout' dan mengamalkan kapitalisma kroni, atapun crony capitalism.
Berikut pendedahan oleh syarikat Harley Davidson berkenaan pelaburaan mereka dalam syarikat MV Augsuta.
Tuan puan, jangan risau, saya akan menterjemahkan segala artikel dan data table dalam Bahasa Melayu untuk intipati tuan puan sekalian.

Tun penggemar Robb Ripot-
Wenger penggemar Ujang.
3. | Acquisition |
On August 8, 2008, the Company announced the completion of its purchase of privately-held Italian motorcycle maker MV Agusta (MV). The Company acquired 100 percent of MV shares for total consideration of €68.3 million ($105.1 million), which includes the satisfaction of existing bank debt for €47.5 million ($73.2 million). In addition, the agreement provides for a contingent payment to the former owner of MV in 2016, if certain financial targets are met during 2013 through 2015. The contingent payment, which could be a material component of the final consideration, will be recorded as goodwill when the amount is determinable. The Company financed the transaction and MV’s initial working capital requirements through $181.6 million of debt under existing credit facilities. The Company believes the acquisition of MV will enhance the Company’s presence in Europe and its penetration into the performance segment of the motorcycle market.
Muka Surat 72, Annual Ripot Harley Davidson, perenggan pertama
Ok ni yang dimaksudkan.
- Harley Davidson membeli 100% saham MV Augsuta pada harga $105.1 juta US dollar
- Harley Davidson mengambil alih segala hutang MV Augsuta sebanyak $73.2 juta US dollar
- Harley Davidson terpaksa melabur baki iaitu lebih kurang $6 juta US dollar untuk membeli bekalan (inventory) dan sebagainya
Hutang $73,200,0000 ataupun RM 250 juta tuan tuan dan puan ni belum diselaraskan. Ketika syarikat Proton membeli syarikat MV Augsuta, iaitu keputusan yang dibuat semasa zaman pemerintahaan si Perdana Menteri yang tak pernah buat silap, syarikat Proton Saga, bukan sahaja terpaksa membayar RM 560 juta tetapi juga menanggung beban hutang sebanyak RM 250 juta.
Bermakna, si wali wali dan para punasihat ekonomis kepada Tun Dr Mahathir memberi gambaraan seolah olah MV Augsuta ni bernilai sebanyak RM 800 juta (iaitu RM 560 juta untuk pegangan saham dan RM 250 juta untuk menyeleraskan hutang). Ni intipat mereka.
Untuk mengekalkan operasi MV Augusta ni, hutang tersebut perlu diseleraskan.Ianya jelas ketika syarikat Harley Davidson terpaksa mendedahkan dengan terperinci nilai aset dan liabiliti yang dimiliki oleh MV Augusta nie.
Current assets, net of cash acquired
$60,483Property, plant and equipment
39,469Goodwill
85,750Intangible assets
52,811Other noncurrent assets
3,739 Total assets
242,252Current liabilities
123,119Noncurrent liabilities
23,579 Total liabilities
146,698 Net assets acquired
$95,554 Kita lihat aset semasa tu kununya bernilai $60 juta US. Aset semasa ni sebenarnya adalah berdasarkan konsep bahawa ianya akan berjaya dijual. Misalnya, jikalau Parpukari Jamban mendirikan sebuah gerai masar majalah terbitaan beliau, dan beliau telah mencetak 1 juta keping majalah yang dianggarkan dapat dijual pada harga RM 1.00, dia akan merekodkan aset semasa sebanyak $1 juta. Tapi kita tau, ianya tak laku, budak kecik yang baru belajar akaunting dah paham pekara ni. Samalah dengan kes MV Augusta nie, kalau motosikal yang ada dalam gedungnya boleh dijual takan dia senang senang sudi dibeli oleh orang Melayu.
Cerdiklah sikit, tuan - tuan dan puan puan.
Sama juga dengan Goodwill dan Intangible Aset. Goodwill ni sebenarnya bukan bermakna dia kasi kita goods, ianya tempat untuk merekodkan beza diantara nilai aset syarikat dengan harga yang dibeli. Kalaulah Papukeri Jamban menjual syarikatnya kepada Perniagaan Piggy Singh dan Rakan Rakan sebanyak RM 2 juta, goodwill ni RM 1 juta, kerana ni beza diantara nilai aset (RM 1 x 1 juta majalah) dengan harga yang dibeli. Lebih besar nilai goodwill, ni maka lebih besar yang si pembeli kena kelentong. Sama jugak dengan konsep intangible aset - iaitu nilai yang diberi keatas jenama syarikat tersebut. Kita gasaklah - letaklah kununya nilai jenama ni adalah RM 400 juta, RM 4 billion dan sebagainya. Bukan apa....
Tetapi berbeza pula perenggan dibawah nie
Current liabilities
123,119Noncurrent liabilities
23,579Ni hutang tuan tuan dan puan puan. Hutang yang bernama "Current liability" kena diselarsakan dalam tahun ni jugak adalah sebanyak US dollar 123 juta. Ketika Haley Davidson membeli syarikat MV Augusta dia kena menyelaraskan 70 juta dari hutang tersebut.
Kalau Proton terpaksa meneruskan agenda Dr. Mahathir nie, hutang tersebut kena diselaraskan jugak. Syarikat MV Augsuta adalah syarikat kepunyaan Proton, Proton boleh dikenakan tindakan makamah, dan kalau tak silap saya, mungkin kerana negara Itali ni adalah member dengan EU, maka amat dasyatlah bagi Proton kalau dia tak bayar hutang.
So - kalau Proton Saga nak meneruskan operasi MV Augsuta dia kena bayar hutang. Hutang bukannya sedikit, lebih daripada US 123 juta ataupun RM 400 juta. Mungkin dia boleh dapat diskaun, tak tahulah, tapi dengan diskaun pun dia kena membayar beratus ratus juta ringgit untuk mengelakan dari terkena tindakan makamah.
Nombor dua, MV Augsuta ni menjual motor, dan bukannya motor kapcai, tetapi motor yang mahal. Lebih lebih lagi ia merangkumi moto yang berkuasa rendah iaitu 125 cc dan moto yang berkuasa tinggi iaitu lebih daripada 650 cc. Proton pulak menjual kereta. Ni biznes yang berbeza tuan tuan dan puan - puan
Mari kita kembali kepada nota nota yang tercatit dalam finanicial stamen Harley Davidson
MV motorcycle products emphasize exquisite design and high performance. MV manufactures two families of motorcycles: MV Agusta and Cagiva. The MV Agusta family is a line of exclusive, premium, high-performance sport motorcycles featuring a liquid-cooled, four-cylinder engine ranging in size from 750cc’s to 1078cc’s. The Cagiva family offers lightweight sport motorcycles powered by a 125cc air-cooled single-cylinder engine.
The heavyweight (651+cc) motorcycle market is highly competitive..
"The heavyweight (651+cc) motorcycle market is highly competitive."
Harley Davidson iaitu yang syarikat motosikal yang paling unggul di dunia, dia nak jual moto kuasa tinggi ni dah mengaku cukup susah. Kena bersaing dengan mat Jepun, dengan mat jerman dan sebagainya. Kita nak jual kereta pun kena pasang sistem AP (tanyalah kawan baik Tunyang jadi Menteri jaga MITI, dia pakar sedikit), kena taruk nilai cukai yang tinggi pada jenama luar negara dan seterusnya membebankan rakyat, ni kita nak jadi pakar jual moto pulak.
Aku tak paham. Biznes apa ni?
Kenapa Tun tergamak untuk membayar RM 500 juta untuk saham syarikat nie? Memang ianya tak laku. Memang nilainya hanya RM 4.
Kenapa Tun tergamak untuk membayar RM 500 juta untuk saham syarikat nie? Memang ianya tak laku. Memang nilainya hanya RM 4.
Tuan tuan dan puan puan,
Kepimpinan Pak Lah tidak terlibat dalam keputusan membeli MV Augsuta. Saya berani berhujah, kalaulah Pak Lah yang mencetuskan idea tersebut, saya akan bertindak mengutuk Pak Lah dengan sekeras kerasnya kerana ianya pendekataan yang merugikan negara. Wang ringgit yang diperolehi melalui titik peluh tuan tuan dan puan puan, dimana tuan tuan dan puan puan membayar balik hutang kereta sampai ada yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang selama 7 tahun, dibazirkan kerana kita kena kelentong.
Adakah kita kena kelentong kerana begitu teruja ketika membaca majalah Robb Ripot nie?
Maka setelah kita kena kelentong sebanyak RM 560 juta, saya cukup bersetuju bahawa kita mengambil langkah "cut loss" dan tidak pula kena menanggung kos membayar hutang yang dianggarkan sebanyak RM 400 juta nie.
Biar Haley Davidson, dengan segala kepakaraanya kena kelentong. Saya tak kisah. Saya bukan warga negara Amerika Syarikat.
Dan akhir sekali kita lihatlah betapa "untungnya" Harley Davidson setelah melabur US dollar 183 JUTA (RM 622 juta) untuk membeli MV Augusta. Biar kita kagum dengan kebolehan para pakar motosikal dari Amerika Syarikat dalam menjana kembali aset paling berharga dalam dunia. Biar kita teruja dengan cerita di Robb Ripot.
Biar kita mengkritik pentadbiraan Pak Lah.
Cari nota untuk tahun 2009, kao carilah...
Baru siap beli tahun 2008, ni tak sampai satu setengah tahun pun dia nak lepas. Lepas pun kena tanggung rugi sebanyak US dollar 125.8 juta ataupun hampir setengah billion ringgit.
Ku ucapkan syabas dan tahniah kepada para manager Haley Davidson.
Diharap pendedahan ni bakal memberi gambaran lebih jelas dari apa yang terpapar dalam majalah Rob Ripot
Diharap pendedahan ni bakal memberi gambaran lebih jelas dari apa yang terpapar dalam majalah Rob Ripot
Terima Kasih
Para hadirin memberi tepukan gemuruh. Laungan "Hidup Wenger" berkumandang di padang.
Para hadirin memberi tepukan gemuruh. Laungan "Hidup Wenger" berkumandang di padang.
Subscribe to: Post Comments (Atom)
16 COMMENTS: